1)Apakah langkah-langkah yang perlu saya patuhi sekiranya
saya berminat untuk membida?
Sekiranya berminat, anda bolehlah mengisi borang
pendaftaran di page kami. Sila berikan nama penuh, no kad pengenalan,
alamat, email, no handphone bagi memudahkan proses pendaftaran.
**salinan ic diperlukan bagi tujuan pendaftaran lelongan.
2)Adakah saya dikenakan sebarang bayaran pendaftaran?
Tidak. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk
proses pendaftaran. Malahan, bagi sesiapa yang berdaftar dengan pihak kami,
kami akan berkongsi pengalaman serta khidmat nasihat berkaitan kewangan dan
perundangan berkaitan lelong/jual beli hartanah.
3)Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk
mendaftar sesuatu lelongan?
Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh masa 3 hari bagi setiap
lelongan.
4)Adakah saya dikenakan sebarang kos/penalti sekiranya
membatalkan bidaan saya?
Tidak, anda tidak dikenakan sebarang kos/penalti
sekiranya anda tidak jadi untuk membida walaupun selepas membuat pendaftaran
dengan pihak kami.
5)Bolehkah terangkan bagaimana proses lelongan dibuat?
5)Bolehkah terangkan bagaimana proses lelongan dibuat?
Boleh, sudah tentu. Selepas pendaftaran anda berjaya,
kami akan melakukan pemeriksaan/survey mengenai hartanah yang ingin dibida bagi
pihak anda. Suatu laporan ringkas berkaitan hartanah tersebut akan diberikan
kepada pembida berdaftar. Laporan tersebut akan memudahkan anda untuk membuat
penilaian hartanah sebelum memasuki lelongan.
Bonus istimewa buat pembida berdaftar!
Kami juga akan memberi segala maklumat yang diperlukan
seperti keadaan persekitaran, kadar sewa di tempat tersebut dan peluang
pembangunan di masa depan di kawasan hartanah tersebut. Bukan itu sahaja, kami
juga akan cuba memeriksa segala senarai tunggakan bagi hartanah yg hendak
dibida dan anggaran pulangan pelaburan (return on investment) yang bakal diperolehi.
* Bagi perkhidmatan di atas, mohon untuk menghubungi kami
bagi menyemak maklumat tunggakan dan harga perkhidmatan. Setiap perkhidmatan
pemeriksaan/survey hanya dapat dilakukan setelah pembayaran penuh dibuat.
Pandangan dan pemerhatian yang diberikan di dalam laporan adalah berdasarkan
pengalaman kami dalam arena lelong. Oleh yang demikian, pembida dinasihatkan
untuk membuat penilaian balas dan mengkaji kesesuaian hartanah tersebut
mengikut keperluan peribadi sebelum mengambil keputusan untuk membida hartanah
tersebut. Setiap keputusan bidaan adalah 100% hak peribadi pembida dan ianya
adalah tanggungjawab sepenuhnya pembida itu sendiri.
6)Adakah saya perlu hadir pada hari lelongan?
Tidak perlu. Kami akan turun ke sesi lelongan untuk
membida hartanah tersebut bagi mewakili pihak anda.
7)Apakah servis perkhidmatan yang ditawarkan?
Kami menawar servis membantu menyediakan bank draft (jika
perlu) dan selepas anda menang sesi lelongan, kami akan mengambil kontrak,
hantar salinan kepada peguam, pegawai bank; email salinan dokumen kepada
pembeli (andalah orangnya..hehe)
Nota: bagi perkhidmatan survey dan bidding, pihak kami tidak
akan memberi refund sekiranya unit yang ingin dibida tersebut gagal
dimenangi/called off. Ini memandangkan pihak kami telahpun melakukan yang
terbaik bagi pihak anda(mengeluarkan kos untuk survey dll) dan sebarang
kegagalan/called off adalah diluar bidang kuasa pihak kami.
Kami juga mempunyai kemahiran membaikpulih/renovate dan
pengurusan rumah/bangunan anda dengan kadar yang berpatutan=)
0 comments:
Post a Comment